TSUNAMI
Muka Depan        Kesan Tsunami         Pemantauan        Perlindungan        Ahli Kumpulan        Rujukan

STAG 3072 GEOLOGI SEKITARAN
PENGENALAN

DEFINISI

MEKANISME
DEFINISI

Tsunami adalah fenomena semula jadi yang terdiri daripada satu siri ombak/gelombang dijanakan apabila air di dalam tasik atau laut dengan pantas berubah kedudukan dalam skala yang masif. Gempa bumi, tanah runtuh, letusan volkano dan hentaman meteorit, semuanya mempunyai potensi untuk menjana tsunami. Kesan daripada tsunami boleh berjulat daripada tidak dapat dilihat sehingga menyebabkan kemusnahan besar (en.wikipedia.org/wiki/Tsunami)

Tsunami adalah ombak/gelombang laut yang berasal setempat atau dari jauh yang merupakan akibat daripada perubahan kedudukan lantai lautan berskala besar yang bersekutu dengan gempa bumi yang kuat, gelinciran bawah laut yang besar, ataupun letusan pulau gunung berapi (earthquake.usgs.gov/4kids/eqterms.html)

Tsunami ialah ombak/gelombang lautan yang dihasilkan oleh gempa bumi, tanah runtuh ataupun letusan volkano bawah laut. Gelombang ini mungkin mencapai dimensi yang sangat besar and mempunyai tenaga yang cukup untuk merentasi lautan (weather.gov/glossary/index.php)

Tsunami adalah ombak/gelombang lautan yang dijanakan oleh gempa bumi, gunung berapi atau tanah runtuh bawah laut. (Juga dikenali sebagai ombak/gelombang laut seismik dan ombak/gelombang pasang surut). (www.yourskinandsun.com/weatherg.html)

Tsunami adalah satu atau sebuah siri ombak/gelombang laut yang sangat besar disebabkan oleh gempa bumi atau gangguan berskala besar terhadap lantai lautan. (Dirujuk secara tidak tepat oleh ramai orang sebagai ombak/gelombang pasang surut, namun sebenarnya ombak/gelombang ini tiada sebarang kaitan dengan pasang surut.) Perkataan tsunami adalah berasal dari Jepun, yang bermakna "ombak/gelombang pelabuhan" (www.geocities.com/seiswash/terms_and_definitions.htm)

Tsunami ialah ombak/gelombang laut yang dihasilkan oleh sebarang gangguan berskala besar terhadap lantai lautan, secara prinsipnya oleh gempa bumi bawah laut atau pergerakan bumi bawah laut (neic.usgs.gov/neis/education/eqeffects/vocabulary.html)

Tsunami ialah ombak/gelombang lautan yang besar disebabkan oleh penurunan atau kenaikan secara mengejut suatu bahagian lantai lautan diikuti dengan gempa bumi. Tsunami boleh mencapai sehingga ketinggian 30 meter dan panjang sehingga 200 kilometer, boleh bergerak selaju 250 kilometer sejam, dan boleh berlaku sehingga beberapa hari. (college.hmco.com/geology/resources/geologylink/glossary/t.html)

Ombak/gelombang seismik dihasilkan oleh gempa bumi, letusan gunung berapi atau tanah runtuh bawah laut (juga dikenali sebagai ombak/gelombang pasang surut). (www.reefed.edu.au/glossary/t.html)

Terma untuk ombak/gelombang yang besar dan bergerak dengan laju disebabkan oleh peralihan kedudukan air, biasanya oleh gempa bumi, tanah runtuh dan letusan gunung berapi. Tsunami juga dirujuk sebagai ombak/gelombang pasang surut, namun ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pasang surut (www.ngdc.noaa.gov/seg/hazard/stratoguide/glossary.html)









kembali ke atas
Muka Depan        Kesan Tsunami        Pemantauan        Perlindungan        Ahli Kumpulan        Rujukan