
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM atau ALAF-UKM telah diluluskan penubuhannya pada 8 September 2022, ia merupakan hasil penstrukturan semula beberapa pusat penyelidikan yang terdiri daripada 4 buah Makmal Alami dan 2 buah Makmal Fizikal.
ALAF-UKM menjadi entiti pengurusan yang akan memantau dan mengkoordinasikan setiap makmal penyelidikan secara berpusat di Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM( ALAF- UKM), Aras 2, Kompleks Penyelidikan UKM, 43600 UKM, Bangi, Selangor.
ALAF UKM terdiri daripada pusat penyelidikan seperti berikut:
PUSAT PENYELIDIKAN (MAKMAL ALAMI)
I. Pusat Penyelidikan Tasik Chini( PPTC)
II. Pusat Penyelidikan Bukit Fraser( PPBF)
III. Pusat Penyelidikan Langkawi( PPL)
IV. Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin( EKOMAR)
MAKMAL PENYELIDIKAN (MAKMAL FIZIKAL)
i. Makmal i-CRIM
ii. Makmal Bioserasi
- Memberikan perkhidmatan makmal/pusat kepada pelanggan mengikut fungsi masing-masing.
- Memastikan makmal/pusat adalah kondusif, selamat dan beroperasi secara optimum untuk menjamin penjanaan yang optimum dan lestari.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti dan promosi makmal/pusat yang bersesuaian bagi menarik pelanggan dari dalam dan luar UKM.
- Menjana pendapatan kepada Universiti.
