Kajian Pemantauan Populasi Kelawar telah dijalankan di Guar Kelawar Langkawi Geoforest Park. Kajian ini diadakan untuk mengenalpasti spesies dan saiz populasi sama ada yang bermastautin dan bukan bermastautin disamping untuk menentukan tahap kelestarian antara kelawar dan pengunjung Gua Kelawar. Kajian awal telah dilaksanakan pada 2001 dan ia merupakan pencetus kepada idea kajian pemantauan populasi kelawar.

Kajian pemantauan tahun pertama telah dilaksanakan pada Tahun 2003 dan pemantauan tahun kedua dilaksanakan pada tahun 2018-2019 manakala Pemantauan ketiga dilaksanakan pada Tahun 2022-2023. Kajian ini mendapat kerjasama yang amat baik daripada pihak Koperasi Kampung Kilim yang menaja dan memberikan sokongan dari segi pengangkutan (bot), keselamatan , makan dan minum serta penggunaan kemudahan lain seperti ruang rehat, surau, tandas dan lain-lain lagi.

Majlis penghargaan kerjasama kajian ini telah diadakan di Anjung Lestari, Koperasi Kampung Kilim, Kilim, Langkawi pada 25 September 2023. Majlis dihadiri oleh ahli-ahli Lembaga pengarah dan kakitangan Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad. Majlis juga dihadiri oleh Pengarah ALAF-UKM, Ketua Makmal PPL dan semua kakitangan PPL.