100 orang Sukarelawan UKM Bantu Mangsa Banjir di Gelang Patah

Oleh Phoon Li Juan @ Roovasini
Foto Izwan Azman

BANGI, 13 Jun 2023 – Seramai 100 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) digerakkan ke Gelang Patah, Johor bagi membantu penduduk yang yang terkesan akibat bencana banjir yang berlaku di kawasan tersebut.

Misi Bantuan Banjir UKM ke Johor itu telah diselaraskan oleh Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) dengan penyertaan pelajar yang terdiri daripada Kelab Sukarelawan UKM bagi tugasan pembersihan kawasan terjejas, manakala pasukan perubatan daripada Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) bertanggungjawab untuk membuat pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa-mengsa banjir.

Sebuah bas dan lima buah pacuan empat roda digerakkan ke kawasan banjir bagi proses pemantauan dan pembersihan awal. Majlis pelepasan sukarelwan tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, di Canselori UKM. Turut hadir ke majlis pelepasan ini ialah Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil dan Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar; Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman.

Leave a Reply