Kerjasama UKM-IDS Sabah Pantau Perubahan Iklim di Sabah

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 24 Januari 2025 – Kerjasama yang terjalin antara Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Institute for Development Studies (Sabah) sejak tahun lepas adalah bagi menjalankan kajian berkenaan perubahan iklim di negeri di bawah bayu.

Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani berkata melalui kerjasama yang dimeterai pada Julai 2024,  terdapat dua projek telah dikenalpasti iaitu Carbon Accounting and Management: Transition to a Low-Carbon Economy and Climate Resilience in Sabah dan Assessment of Extreme Weather Vulnerability in Sabah: Impacts of El Niño–Southern O Chief Executive Officer scillation (ENSO), Indian Ocean Dipole (IOD), Madden–Julian Oscillation (MJO), and Monsoon Patterns under a Changing Climate.

Bagi kajian Carbon Accounting and Management yang diketuai oleh Prof. Dr. Marlia Mohd Hanafiah, ia adalah bertujuan untuk melihat status pelaksanaan pengurusan dan pengiraan karbon di seluruh dunia, menentukan cabaran dan peluang pelaksanaanya di negeri Sabah, serta memformulasi rangka kerja ke arah transisi rendah karbon dan ketahanan iklim untuk negeri Sabah.

Manakala penyelidikan berkenaan Assessment of Extreme Weather Vulnerability in Sabah yang diketuai oleh Gs. Dr. Ricky Anak Kemarau pula adalah bagi mengenalpasti dan memetakkan kawasan berisiko tinggi mengalami cuaca extreme kesan daripada ENSO, MJO, IOD dan monson di bawah perubahan iklim yang seperti yang dilaporkan oleh NASA dan agensi meteorologi pada tahun 2024 suhu telah melebihi 1.5 degree celcius iaitu melebihan tip point yang telah ditetapkan oleh IPCC.

“Dengan kerjasama di antara penyelidik UKM dan IDS Sabah, ia diharap dapat mempromosi dan membangunkan proses membuat keputusan berasaskan penyelidikan yang berkaitan dengan penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan negeri Sabah bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri Sabah yang lebih mampan,” kata Prof Dato’ Dr Wan Kamal.

Beliau berkata laporan kajian itu adalah peta analisis spatial terperinci yang mengenal pasti kawasan di Sabah yang paling terdedah kepada fenomena iklim, iaitu monsoon, ENSO, IOD dan MJO.

“Perkara ini penting dalam meningkatkan pemahaman tentang taburan spatial impak perubahan iklim di Sabah, yang membawa kepada persediaan bencana yang lebih baik,” katanya.

Katanya, dengan model ramalan yang lebih baik dan pemahaman tentang lokasi yang terdedah, kerajaan Sabah dapat meningkatkan persediaan bencana dan tindak balas kecemasan, sekali gus mengurangkan kerosakan dan kerugian.

“Pengetahuan daripada kajian ini boleh membantu dalam perancangan ekonomi, membantu memperhatikan sumber dengan lebih berkesan dan mengutamakan pembangunan infrastruktur yang mampu menahan fenomena cuaca ekstrem.

“Saya berharap agar kajian ini akan menyumbang kepada daya tahan jangka panjang Sabah dalam menghadapi perubahan keadaan iklim, memberi manfaat kepada generasi semasa dan akan datang,” katanya.

Leave a Reply