Pasangan Suami Isteri Tekad Tamatkan PhD Bersama

Oleh : Ayu Maisarah Lutas Asril

BANGI, 1 Disember 2023 – Pasangan suami isteri yang bergradusi di Majlis Konvokesyen  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-51 tekad untuk menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) bersama.

Kedua-dua Ahmad Faris Mohd Fekeri, 29 tahun dan Dayang Siti Nurzailyn Abang Shamsuddin, 29 tahun merupakan graduan doktor falsafah dari jurusan Kejuruteraan Kimia dan Bioproses berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.

“Kami belajar bidang yang sama dengan projek yang sama. Walaupun tajuk tesis berlainan, kami boleh berbincang dan kongsi idea dengan lebih jauh,” kata Ahmad Faris

Selain daripada PhD, pasangan ini juga telah mengambil ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana bersama-sama, kemudian berkahwin selepas menamatkan ijazah sarjana pada tahun 2020.

Menurut mereka, Covid-19 merupakan cabaran terbesar mereka kerana mereka tidak dibenarkan ke kampus dan melakukan kerja makmal.

Menurut Siti Nurzailyn berasa gembira apabila dapat menamatkan pengajian PhD bersama.

“Kadang-kadang kami mengambil giliran untuk tidur. Saya tidur untuk dua jam dan suami saya akan menyiapkan kerjanya untuk dua jam,” katanya.

Tambah Siti Nurzailyn, mereka berdua merancang untuk menghabiskan pengajian sebelum mencecah umur 30 tahun dan bersyukur kerana dapat mencapai matlamat itu.

Leave a Reply