Prof. Chm. Dr. Mohammad Kassim dilantik sebagai Yang Dipertua KLKM UKM

Oleh Phoon Li Juan @ Roovasini
Foto Muhammad Izwan Azman

BANGI, 10 Ogos 2023 – Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Chm. Dr. Mohammad Kassim menerima watikah pelantikan sebagai Yang Dipertua Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Daerah Universiti Kebangsaan Malaysia (KLKM UKM).

Penyerahan watikah tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman di Persada Canselori.

Majlis itu juga diadakan bersekali dengan Majlis Perasmian Perasmian Perkhemahan Kelanasiswa Perkasa 4.0 yang diadakan selama lima hari di di Hutan Pendidikan Alam UKM, melibatkan seramai 58 orang ahli Kelanasiswa.

Naib Canselor dalam ucapanya mengingatkan para pelajar agar menjadi pelajar cemerlang yang seimbang dalam akademik dan ko-kurikulum.

“Kita tidak mahu melahirkan ulat buku yang hanya cemerlang dari segi akademik semata-mata, sebaliknya generasi yang seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

“Kemahiran insani ini perlu dipupuk dari awal bagi memastikan sikap kesukarelawanan di semai oleh semua ahli dan juga merupakan nilai tambah kepada kebolehpasaran graduan selepas tamat pengajian,” katanya. 

Beliau berharap agar aktiviti-aktiviti yang dijalankan itu berjaya mencapai objektif untuk melahirkan insan yang mempunyai kepelbagaian dan berintegrasi malah mampu memberikan semangat untuk menuju ke arah anugerah Baden-Powell.

Ahli Kelanasiswa UKM yang aktif akan berpeluang untuk menyertai program-program outbound antarabangsa yang berprestij seperti Anugerah Baden-Powell, The Duke of Edinburgh’s International Award (DoE), World Scout Jamboree dan banyak lagi. Perkhemahan Kelanasiswa Perkasa 4.0 diadakan untuk memupuk nilai kerjasama antara ahli, meningkatkan kemahiran insani serta sikap kesukarelawanan dalam diri mahasiswa.

Leave a Reply