Seorang Ibu Kuatkan Hati Terima Ijazah Arwah Anaknya

Oleh Preti Kaur Gill
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 1 Disember 2023 – Ketika semua graduan gembira menerima ijazah pengajian mereka, seorang ibu menguatkan hati menerima Ijazah Anumerta anaknya, Allahyarham Addeen Aiman Hairul Anuar.

Allahyarham Addeen Aiman menerima ijazah dalam Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Persuratan Melayu), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-51.

Beliau menamatkan pengajiannya meninggal dunia pada 14 Februari 2023 akibat kemalangan motorsikal ketika pulang dari kerja sambilan.

Menurut ibu arwah, Saleha Ismail, arwah merupakan President Persatuan Pahang dan seorang mahasiswa yang sangat aktif di universiti. 

“Dia memang seorang yang baik dan patuh cakap ibu dan anak yang sangat pintar.

“Mula-mula saya rasa tak nak datang Majlis Konvokesyen ini namun bila saya fikirkan semula, kalau saya tidak mengambilnya saya tidak menghargai usaha anak saya  selama ini.

“Jadi saya menguatkan semangat dan hadir,” ujarnya.

Sementara, suaminya, Hairul Anuar, tidak dapat menahan sebak dan bergenang air mata ketika ditemuramah.

“Cita-cita anak sulung untuk menjadi seorang guru tidak dapat tercapai.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak UKM kerana ingatkan arwah,” katanya.

Leave a Reply