UKM Kuatkan Jaringan Kerjasama Industri Dengan Infineon Technologies

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim


BANGI, 25 Jun 2023 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Kejuruteraan
Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) menandatangani MoU bagi menguatkan kerjasama dari
segi kepakaran bagi tempoh lima tahun, bermula 2023 hingga 2028.


Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani berkata
perjanjian ini membolehkan kedua-dua organisasi terlibat dalam pelbagai aktiviti dan
program akademik.


“MoU ini diharapkan dapat mengukuhkan kerjasama dari segi pertukaran maklumat teknikal,
pemindahan teknologi, serta menjalankan projek penyelidikan bersama terutama sekali
dalam bidang kejuruteraan, teknologi pembuatan dan automasi.


“MoU ini juga akan menumpukan kepada pemerkasaan penyelidikan dan pembangunan,
pertumbuhan bakat, dan kemajuan dalam pendidikan dan pengetahuan,” katanya.


Beliau turut menekankan kepakaran yang ada di IMEN akan memberi nilai tambah kepada
kerjasama ini, terutama sekali dalam bidang penyelidikan.


“IMEN mempunyai kumpulan penyelidikan pembungkusan semikonduktor terbaik di negara
ini, dengan lebih 100 jurnal berimpak tinggi tertumpu kepada penyelidikan pembungkusan
elektronik.


“Mereka juga telah menghasilkan lebih daripada 50 graduan pasca siswazah, dimana
sebahagian daripada mereka bekerja dalam industri semikonduktor,” katanya.

Leave a Reply