Jabatan Biokimia Fakulti Perubatan
3 Mac 2026 – Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan UKM telah menerima lawatan rasmi daripada Prof. Dr. Azlina Abdul Aziz sempena Program Lawatan Pemeriksa Luar bagi Peperiksaan Akhir Semester 1 Tahun 1 Sesi 2025/2026.
Sebagai sebahagian daripada tentatif program, sesi lawatan ke Makmal Penyelidikan Jabatan Biokimia telah diadakan pada jam 9.00 hingga 10.00 pagi bertempat di Aras 11, Blok Praklinikal. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh kepada pemeriksa luar mengenai kemudahan penyelidikan, infrastruktur makmal serta aktiviti penyelidikan yang sedang dijalankan di jabatan.
Sepanjang lawatan tersebut, beliau telah diberi penerangan berkaitan fokus penyelidikan semasa, penggunaan peralatan makmal serta penglibatan pensyarah dan pelajar pascasiswazah dalam projek-projek penyelidikan. Sesi ini turut menjadi platform perkongsian pandangan dan pengalaman dalam memperkukuh budaya penyelidikan serta meningkatkan kualiti akademik jabatan.
Lawatan ini mencerminkan komitmen Jabatan Biokimia dalam memastikan standard pengajaran dan penyelidikan sentiasa berada pada tahap yang cemerlang selaras dengan keperluan akademik dan penilaian luar. Diharapkan jalinan profesional seperti ini akan terus memperkukuh kolaborasi dan kecemerlangan akademik pada masa akan datang.