Pada Julai 2014, kesemua jabatan praklinikal termasuk Jabatan Biokimia telah dipindahkan ke Bangunan Pra-Klinikal bersebelahan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM, Cheras, Kuala Lumpur. Pejabat Jabatan Biokimia ditempatkan di Tingkat 17 manakala makmal Jabatan Biokimia pula ditempatkan di Tingkat 11 Bangunan Pra-Klinikal.