Jabatan Biokimia Fakulti Perubatan

JABATAN BIOKIMIA

FAKULTI PERUBATAN, UKM

Ceramah Penyelidikan oleh Prof. Dr. Azlina Binti Abdul Aziz

3 Mac 2026 – Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan UKM berbesar hati menerima kehadiran Prof. Dr. Azlina Abdul Aziz yang telah menyampaikan satu ceramah penyelidikan bersempena lawatan beliau sebagai Pemeriksa Luar bagi Peperiksaan Akhir Semester 1 Tahun 1 Sesi 2025/2026.

Ceramah bertajuk “Unlocking the Biological Secrets of Tamarind – A Summary of a Decade of Research and Discovery” ini telah dihadiri oleh pensyarah, pelajar pascasiswazah, pembantu penyelidik serta kakitangan makmal. Sesi ini mengetengahkan hasil penyelidikan komprehensif selama sedekad berkaitan asam jawa, termasuk potensi biologi, aplikasi terapeutik serta penemuan saintifik yang signifikan.

Dalam ceramah tersebut, Prof. Dr. Azlina turut berkongsi perjalanan penyelidikan beliau, cabaran yang dihadapi serta kepentingan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang biokimia. Sesi ini telah membuka ruang perbincangan ilmiah yang bermanfaat dan menggalakkan perkongsian idea dalam kalangan warga jabatan.

Pihak jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian beliau berkongsi ilmu dan pengalaman. Ceramah ini bukan sahaja memperkaya pengetahuan warga akademik, malah memperkukuh budaya penyelidikan dan jaringan profesional dalam bidang biokimia.