Jabatan Biokimia Fakulti Perubatan
Pada hari Rabu, 3 September 2025, Jabatan Biokimia telah menganjurkan Program Bengkel Ekspedisi Makmal Penyelidikan Biokimia bersama 30 orang pelajar dan 3 orang guru dari Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai bidang sains bioperubatan serta memperkenalkan suasana pembelajaran dan penyelidikan di fakulti. Antara pengisian utama ialah “Scientist Talk Show” yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Luqman Nasaruddin, Pensyarah Jabatan Biokimia.
Selain sesi perkongsian ilmu, pelajar turut menyertai lima aktiviti makmal utama yang menarik dan interaktif seperti berikut:
Selain aktiviti makmal, peserta turut dibawa melawat Muzium Anatomi dan Dewan Diseksi, memberi pengalaman pembelajaran yang lebih luas tentang struktur dan fungsi tubuh manusia.
Program ini turut mendapat kerjasama erat daripada Jabatan Makmal Pelbagai Guna, Jabatan Anatomi, dan Jabatan Patologi, yang bersama-sama menjayakan pelaksanaan aktiviti sepanjang hari tersebut.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua staf yang terlibat atas komitmen dan dedikasi mereka dalam memastikan kelancaran program. Tahniah dan syabas juga kepada para pelajar yang telah menunjukkan semangat ingin tahu dan minat yang tinggi terhadap dunia sains!