PERLANTIKAN PENGARAH BAHARU & AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI BSMMCUKM
12 Mei 2026
Majlis pelantikan Pengerusi BSMM CUKM telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pusat Kesihatan Universiti. Dr. Masdalina binti Azhari yang sebelum ini memegang jawatan pengerusi telah melepaskan jawatan tersebut kepada Pengarah Pusat Kesihatan Universiti yang baharu, Prof. Madya Dr. Isa bin Naina Mohamed. Dalam waktu yang sama juga sesi pengesahan Ahli Jawatankuasa Tertinggi BSMM CUKM telah diadakan.
Seluruh jawatankuasa dan ahli Bulan Sabit Merah Cabang UKM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Masdalina binti Azhari dengan sumbangan yang telah diberikan dan jasa dalam menerajui BSMM CUKM sebelum ini.
