TEMPAHAN

PROSEDUR PERMOHONAN KHIDMAT DUTI BSMM UKM

  1. Pengisian Borang dan Surat Permohonan
    Penganjur hendaklah mengisi borang permohonan khidmat duty BSMM UKM serta menyediakan surat permohonan rasmi yang ditujukan kepada Prof. Madya Dr. Isa bin Naina Mohamed, Pengarah Pusat Kesihatan Universiti (PKU), UKM.
  2. Penghantaran Permohonan
    Surat permohonan hendaklah dihantar melalui e-mel kepada AJK Kemasyarakatan BSMM UKM di alamat duty.bsmmukm@gmail.com dan cc kepada Prof. Madya Dr. Isa bin Naina Mohamed di pghpku@ukm.edu.my.
  3. Semakan dan Agihan Petugas
    Pihak AJK Kemasyarakatan BSMM UKM akan menyemak permohonan yang diterima, sekurang-kurangnya seminggu sebelum program, dan membuat agihan ahli BSMM mengikut keperluan program.
  4. Bayaran Deposit dan Bayaran Penuh
    Penganjur dikehendaki membuat bayaran deposit sebanyak RM30 bagi mengesahkan tempahan perkhidmatan. Bayaran penuh hendaklah diselesaikan dalam tempoh tiga (3) hari selepas program berlangsung.
  5. Semakan Status Permohonan
    Penganjur boleh membuat semakan status permohonan khidmat duty BSMM selepas seminggu daripada tarikh permohonan dihantar.
  6. Keperluan untuk Petugas BSMM
    Penganjur hendaklah menyediakan keperluan asas untuk petugas BSMM sepanjang program, iaitu:

Ais
Makanan
Minuman
Merit I-Star (bagi program yang berdaftar di bawah I-STAR)

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan permohonan boleh menghubungi:

Aidil — 014-334 2755
Afiq — 019-680 7439

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN KHIDMAT BSMM UKM

BORANG PERMOHONAN KHIDMAT BSMM UKM

GARIS PANDUAN BSMM SEMASA BERTUGAS