Bulan Sabit Merah Malaysia

 Cabang UKM

LOGO BSMM

Logo BSMM Cabang UKM

Sejarah Penubuhan Logo Bulan Sabit Merah Malaysia

Pada April 1948, Palang Merah British telah membuka cawangan di Borneo Utara (sekarang Sabah) dan Sarawak dan beribupejabat di London. Sejak penjelajahan British di Tanah Melayu, cawangan Palang Merah British\mula dibuka di Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Selangor, Melaka, Johor dan Pahang.

Pada tahun 1962 Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan iaitu Akta # 4 Akta Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya (Pemerbadanan) 1962 (Act # 4, The Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act 1962). Maka Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya ditubuhkan dengan rasminya dan beribupejabat di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1975, nama Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan lambang Palang Merah yang digunakan turut ditukar kepada lambang Bulan Sabit Merah melalui Akta # 162, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975 (Act # 162, Malaysian Red Cross Society (Change of Name) Act 1975) dan dikuatkuasakan pada 4 September 1975 Nama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia kekal sehingga hari ini.