Bulan Sabit Merah Malaysia

 Cabang UKM

INFO KADET

Sejarah Penubuhan Kadet BSMM CUKM

Kadet BSMM Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia ini merupakan salah sebuah badan beruniform rasmi yang berada di bawah Pusat Kesatria UKM. Kadet BSMM  telah ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu. Pada awal penubuhan, Kadet BSMM telah mengadakan pengambilan ahli dan hasilnya terdapat 42 orang ahli dari Kadet Siri 1. 

Penubuhan Kadet BSMM Cabang UKM telah berjaya membina semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahli Kadet BSMM Daerah UKM. Di samping itu, penubuhan Kadet BSMM Cabang UKM  ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli Kadet BSMM untuk mempelajari dan mengaplikasikan ilmu-ilmu yang berkaitan BSMM melalui pengisian program yang dirancang khas untuk ahli Kadet BSMM. 

Terdapat 8 kursus pensijilan yang wajib disertai oleh setiap ahli kadet . Kursus pensijilan yang disertai ini dapat menjadi medium kepada ahli Kadet BSMM untuk melayakkan diri mereka lulus sebagai jurulatih BSMM yang seterusnya. Kelayakan ini membolehkan mereka berbakti kepada masyarakat sebenar di luar sana. Antara kursus pensijilan yang diberikan ialah : 

  1. Kursus Pertolongan Cemas Asas (KPCA)
  2. Kursus Kaedah Mengajar (KKM)
  3. Kursus Undang-undang & Kemanusiaan Asas (UUKA)
  4. Kursus Pengurusan & Pentadbiran (KPP)
  5. Kursus Pendidikan Kesihatan (KPK)
  6. Kursus Rawatan Rumah (KRR)
  7. Kursus Bantuan Bencana & Operasi Menyelamat (BBOM)
  8. Kursus Pertolongan Cemas Lanjutan (KPCL)