DUTY KARNIVAL KONVOKESYEN & MINI KARNIVAL KONVOKESYEN (KARKON)

Minggu Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia ke-52 semakin menghampiri. Tidak lengkaplah ia tanpa Mini KARKON, sebuah karnival sebelum adanya acara utama iaitu KARKON itu sendiri.

Ahli Bulan Sabit Merah cabang UKM turut menjalankan tugas bagi memastikan anak watan dapat berhibur dan menjalankan aktiviti dengan selamat dan selesa sepanjang minggu Mini KARKON (21 Oktober 2024-27 Oktober 2024) dan KARKON (22 November 2024-1 Disember 2024).