Anjung Pro Canselor Tun Ahmad Sarji

Anjung Pro Canselor Tun Ahmad Sarji bertempat di Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM.

Yang Amat Berbahagia Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid merupakan salah seorang Pro Canselor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mempunyai pelbagai koleksi akademik/khas yang berharga seperti buku, majalah, video dan gambar yang telah dihadiahkan kepada Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM.

Justeru sebagai tanda penghargaan, UKM telah menyediakan ruang khas bagi menempat dan mempromosikan koleksi tersebut untuk rujukan pelbagai pihak sama ada dari dalam mahupun luar UKM.

Canselor UKM iaitu Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan untuk merasmikan Ruang Pro Canselor Tun Ahmas Sarji pada 27 Mac 2018.

Kongsikan Halaman Ini: