Anjung Qurani

Anjung qurani telah dibangunkan dibangunkan di dalam Koleksi Arab dan Tamadun Islam, Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM.

Koleksi Arab dan Tamadun Islam telah dibangunkan sejak tahun 1970 serentak dengan penubuhan perpustakaan dan Fakulti Islam, UKM dan koleksinya telah berkembang kepada 150,000 naskhah sehingga kini. Ruang koleksi ini sering dikunjungi dan digunakan oleh pelajar UKM dan pelawat daripada universiti luar seperti USIM, KUIS, UNISZA, UM, UIAM, UIM dan sebagainya. Sejak 2010 hingga kini, jumlah pinjaman bahan Koleksi Arab dan Tamadun Islam telah direkodkan berjumlah 630,265. Jumlah kunjungan ke Anjung Qurani dianggarkan seramai 60,000 orang setahun.

Selaras dengan perkembangan teknologi serta Revolusi Industri 4.0, keperluan kepada ruang pembelajaran digital, interaktif, kondusif dan moden amat diperlukan oleh semua bidang pengajian termasuk pengajian Al-Quran, sunnah dan Hadis.

Anjung Qurani ini akan dilengkapi dengan peralatan seperti berikut :

  • Kelengkapan ICT seperti komputer
  • Alat bantuan pendengaran
  • Papan tulis interaktif
  • Perisisan Al-Quran dan Hadis
  • Naskhah Al-Quran
  • Perabot dan buku rujukan yang bersesuaian
Kongsikan Halaman Ini: