Skip to main content

Jabatan Farmakologi Fakulti Perubatan

Kunjungan daripada Prof. Dr. Ya Li dari Jabatan Perubatan Makmal, Hospital Bersekutu Universiti Yunnan, China bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pembangunan modal insan.
Perbincangan memfokuskan kepada bidang penyelidikan berimpak tinggi seperti penyakit tropika, mikrobiom, biomarker, diagnostik molekul, pembangunan ubat berasaskan imunologi serta peluang kerjasama penyelidikan, geran bersama dan program mobiliti penyelidik serta pelajar.
Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama akademik yang lebih erat dalam memperkasa penyelidikan translasi, inovasi kesihatan dan kecemerlangan pendidikan di peringkat antarabangsa.