Jabatan Farmakologi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

SYARAT KELAYAKAN

 

1. Sarjana Sains Perubatan (Farmakologi)- Mod Campuran

  • Calon mestilah mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau dari mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh Senat;

                                                                                                                                        ATAU

       Kelayakan profesional lain yang berkaitan atau pengalaman yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Senat

 

  • Bagi calon antarabangsa juga mesti mengemukakan bukti kecekapan dalam bahasa inggeris pertuturan dan bertulis. 

 

  • Calon yang layak mesti mempunyai IELTS ≥ Band 6.5 atau MUET ≥ Band 4 atau TOEFL iBT ≥ 79 atau TOEFL pBT ≥ 548 atau Pearson Test of English ≥ 63 atau Cambridge English Qualifications and Test ≥ 176 (dengan bukti) yang diambil dalam tempoh dua tahun lepas kepada permohonan.

 

  • Calon juga mesti menunjukkan bukti kedudukan kewangan yang baik untuk keseluruhan tempoh kursus. Calon mesti mempunyai perlindungan perubatan dan perlindungan polisi insurans kesihatan mereka sendiri.

 

  • Calon dikehendaki menduduki ujian saringan yang ditetapkan oleh Jabatan. Pemohon mesti lulus ujian saringan untuk diterima masuk ke dalam program. Pelajar yang layak hanya dibenarkan mendaftar pada Semester 1 tahun akademik.

 

2. Sarjana Sains Perubatan (Farmakologi)- Mod Penyelidikan

  • Calon mestilah mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau dari mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh Senat; 

                                                                                                                                         ATAU

        Kelayakan profesional lain yang berkaitan atau pengalaman yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Senat.

 

  • Calon tempatan dan antarabangsa hendaklah memohon melalui Pusat Pengurusan Akademik UKM dan Pusat Pelanjutan Pendidikan, UKM masing-masing; 

 

  •  Bagi calon antarabangsa juga mesti mengemukakan bukti kecekapan dalam bahasa inggeris pertuturan dan bertulis. 

 

  • Calon yang layak mesti mempunyai IELTS ≥ Band 6.5 atau MUET ≥ Band 4 atau TOEFL iBT ≥ 79 atau TOEFL pBT ≥ 548 atau Pearson Test of English ≥ 63 atau Cambridge English Qualifications and Test ≥ 176 (dengan bukti) yang diambil dalam tempoh dua tahun lepas kepada permohonan.

 

  •  Calon juga mesti menunjukkan bukti kedudukan kewangan yang baik untuk keseluruhan tempoh kursus. Calon mesti mempunyai perlindungan perubatan dan perlindungan polisi insurans kesihatan mereka sendiri.

 

3. Doktor of Falsafah, PhD (Farmakologi) 

  • Calon mestilah mempunyai Ijazah Sarjana daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau daripada universiti lain yang diiktiraf oleh Senat; 

                                                                                                                                       ATAU

        Kelayakan lain profesional/berkaitan vokasional atau pengalaman berkaitan yang setara dengan ijazah Sarjana oleh Senat; 

                                                                                                                                       ATAU

        Sedang mengikuti program mod penyelidikan Ijazah Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dan disyorkan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah

        berkenaan penukaran kepada program Doktor Falsafah (PhD) dengan kelulusan rasmi Senat; 

                                                                                                                                       ATAU

        Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) tidak kurang daripada 3.67 daripada Universiti

        Kebangsaan Malaysia atau universiti lain yang diiktiraf oleh Senat;

                                                                                                                                       ATAU

        Calon yang berdaftar dalam mod penyelidikan Sarjana Sains Perubatan boleh menukar pendaftaran mereka kepada Doktor Falsafah mengikut keputusan

        yang dicapai dan kriteria yang diakui oleh Senat.

 

  • Bagi calon antarabangsa juga perlu mengemukakan bukti kecekapan dalam bahasa inggeris pertuturan dan bertulis. Calon yang layak mesti mempunyai IELTS ≥ Band 6.5 atau MUET ≥ Band 4 atau TOEFL iBT ≥ 79 atau TOEFL pBT ≥ 548 atau Pearson Test of English ≥ 63 atau Cambridge English Qualifications and Test ≥ 176 (dengan bukti) yang diambil dalam tempoh dua tahun lepas kepada permohonan.

 

  • Surat/bukti sokongan kewangan hendaklah dilampirkan. Semua pemohon antarabangsa dan pemohon yang dibiayai sendiri mesti mengemukakan bukti bertulis status kewangan yang diterima sama ada dalam bentuk penyata bank/Institusi kewangan yang aktif atau surat jaminan yang diterima.