
EKSPOLARI STEM 2.0
TARIKH : 19/8/2026
TEMPAT: praklinikaL
Seramai 120 pelajar Tingkatan 3 daripada 12 buah sekolah sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan berpeluang meneroka dunia sains dan perubatan secara hands-on di Fakulti Perubatan, UKM.
Lebih menarik, para peserta diberi peluang menjadi “detektif” bagi menyelesaikan misteri “Siapa Pembunuh Jane?” melalui aktiviti berkaitan kod pH dan DNA. Mereka turut meneroka modul Adiwira Farmako, berkunjung ke Muzium Anatomi serta mendalami dunia Parasitologi.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Haji Azman Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia, bersama barisan tetamu kehormat, pengurusan Fakulti Perubatan UKM, rakan strategik, pihak industri, para penaja serta warga yang turut menjayakan program ini.


