SARJANA PERAKAUNAN (Kerja Kursus)
*Mulai Semester 2, Sesi 2017-2018
Pusat Pengajian Perakaunan mempunyai kepakaran dalam bidang pelaporan korporat, tadbir urus korporat, pengauditan, sistem maklumat perakaunan, percukaian, perakaunan sektor awam, perakaunan pengurusan dan undang-undang. Program ini membolehkan pelajar mendapat pengetahuan akademik dan penyelidikan. Mod pengajian campuran program ini memerlukan pelajar mengikuti dan lulus komponen kerja kursus serta penulisan akademik. Ini menunjukkan program memberi penekanan yang tinggi kepada asas teori yang kukuh.
Matlamat Program
- Melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran peringkat lanjutan berkaitan dengan teori, prinsip dan amalan perakaunan.
- Melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran dalam mengaplikasi ilmu perakaunan.
- Melahirkan graduan yang berupaya memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara kendiri melalui kursus dan projek yang memenuhi keperluan industri.
- Melahirkan pelajar yang bersikap profesional serta beretika dalam memenuhi tanggungjawab kepada tuhan dan masyarakat.
Hasil Pembelajaran
- Menunjukkan pemahaman dan penguasaan dalam bidang perakaunan
- Mengaplikasikan teori dan amalan perakaunan ke dalam dunia pekerjaan secara holistik dan berkesan
- Menggunakan kefahaman bidang perakaunan untuk menyelesaikan masalah dalam konteks situasi semasa
- Mempamerkan kefahaman penyelidikan dalam menilai dan membuat keputusan dengan mengambil kira tanggungjawab sosial dan nilai etika
- Mempamerkan tahap profesionalisme yang tinggi serta menunjukkan daya saing yang dinamik
- Menghasilkan penyelesaian kepada pemasalahan menggunakan kemahiran perakaunan secara kritis
- Mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat
Syarat Kemasukan
Calon yang ingin mengikuti program Sarjana Perakaunan mestilah mempunyai:
- Ijazah Sarjanamuda Perakaunan dengan kepujian dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
- Kelulusan lain dalam bidang yang berkaitan yang setaraf dengan Ijazah Sarjanamuda Perakaunan dengan kepujian, atau kelulusan lain yang setara dan diiktiraf oleh Senat; atau
- Kelayakan penuh profesional yang setara dengan Ijazah Sarjana muda dan diiktiraf oleh Senat UKM; dan
- Memenuhi syarat-syarat lain yang ditentukan oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.
- Pemohon luar Negara perlu memperoleh sekurang-kurangnya skor TOEFL 550 atau IELTS 6 atau mengambil Ujian Kecekapan Bahasa Inggeris (UKBI) dan sekiranya dia tidak melepasi tahap yang ditetapkan oleh program, calon hendaklah mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (MKBI) dalam tempoh tidak lewat dua (2) semester untuk program sarjana dari tarikh pendaftaran masuk ke Universiti.
Bentuk Pendaftaran dan Tempoh Pengajian
- sepenuh masa tiga (3) semester hingga enam (6) semester
- separuh masa empat (4) semester hingga lapan (8) semester
*Semua kuliah dijalankan pada hari dan waktu bekerja.
Struktur Program
Untuk tujuan pengijazahan, calon mesti lulus sekurang-kurangnya 45 Jam Kredit kursus yang ditetapkan.
KURSUS BILANGAN KREDIT
Kursus Wajib Fakulti 3 Kredit
Kursus Wajib Pusat 8 Kredit
Kursus Wajib Modul 16 Kredit
Kursus Wajib Program 6 Kredit
Kursus Elektif 12 Kredit
Jumlah 45 Kredit
Senarai Kursus
- Kursus Wajib Fakulti (3 kredit)
EPPD6013 Kaedah Penyelidikan
- Kursus Wajib Pusat (8 kredit)
EPPA6214 Perakaunan Pengurusan untuk Penciptaan Nilai
EPPA6114 Tadbir Urus dan Akauntabiliti
- Kursus Wajib Modul (16 kredit)
- Modul Audit Dalaman
EPPA6124 Pelaporan dan Analisis Kewangan
EPPA6324 Audit Dalaman
EPPA6334 Pengurusan Risiko Perusahaan
EPPA6344 Perakaunan Forensik
- Modul Percukaian
EPPA6524 Pentadbiran Cukai
EPPA6534 Teori dan Falsafah Percukaian
EPPA6544 Perancangan Cukai Korporat
EPPA6554 Percukaian daripada Perspektif Islam
- Kursus Wajib Program (6 kredit)
EPPA6716 Kertas Projek
- Kursus Elektif (12 kredit)
EPPA6124 Pelaporan Korporat
EPPA6224 Perakaunan Pengurusan Strategik
EPPA6314 Seminar Pengauditan
EPPA6514 Seminar Percukaian
EPPA6614 Seminar Sistem Maklumat Perakaunan
EPPA6714 Seminar Perakaunan Sektor Awam
EPPA6814 Tadbir Urus Korporat
- Kursus Bahasa Melayu
Calon luar negara hendaklah mengikuti dan lulus kursus Bahasa Melayu sebagai syarat pengijazahan sebagaimana ditetapkan UKM.
ZZZM1013 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing I
ZZZM1023 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing II
Cadangan Struktur Kurikulum (3 Semester)
|
KOMPONEN |
SEMESTER 1 | ||
| KOD/NAMA KURSUS | JAM KREDIT | ||
| KURSUS WAJIB FAKULTI | |||
| KURSUS WAJIB PUSAT | EPPA6214 | Perakaunan untuk Penciptaan Nilai | 4 |
| EPPA6114 | Tadbir Urus dan Akauntabiliti | 4 | |
| KURSUS WAJIB MODUL | Modul Audit Dalaman | ||
| EPPA6134 | Pelaporan dan Analisis Kewangan | 4 | |
| EPPA6324 | Audit Dalaman | 4 | |
| ATAU | |||
| Modul Percukaian | |||
| EPPA6524 | Pentadbiran Cukai | 4 | |
| EPPA6534 | Teori dan Falsafah Percukaian | 4 | |
| KURSUS ELEKTIF | |||
| 16 | |||
|
KOMPONEN |
SEMESTER 1 | ||
| KOD/NAMA KURSUS | JAM KREDIT | ||
| KURSUS WAJIB FAKULTI | EPPD6XX3 | Kaedah Penyelidikan | 3 |
| KURSUS WAJIB PUSAT | |||
| KURSUS WAJIB MODUL | Modul Audit Dalaman | ||
| EPPA6334 | Pengurusan Risiko | 4 | |
| EPPA6344 | Perakaunan Forensik | 4 | |
| ATAU | |||
| Modul Percukaian | |||
| EPPA6544 | Perancangan Cukai Korporat | 4 | |
| EPPA6554 | Percukaian daripada Perspektif Islam | 4 | |
| KURSUS ELEKTIF | EPPAXXX4 | Elektif 1 | 4 |
| 15 | |||
|
KOMPONEN |
SEMESTER 3 | ||
| KOD/NAMA KURSUS | JAM KREDIT | ||
| KURSUS ELEKTIF | EPPAXXX4 | Elektif 2 | 4 |
| EPPAXXX4 | Elektif 3 | 4 | |
| KURSUS WAJIB PROGRAM | EPPA6716 | Kertas Projek | 6 |
| Jumlah Jam kredit | 14 | ||