Skip to main content

Fakulti Ekonomi & Pengurusan

SUDUT EKSA

Pengenalan EKSA

Selaras dengan inisiatif Universiti Kebangsaan Malaysia yang memperkenalkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) sejak 2023 bagi menggantikan Amalan 5S, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) memulakan pelaksanaan EKSA secara rasmi pada tahun 2026. Inisiatif ini bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja dan pembelajaran yang lebih berkualiti, sistematik serta selamat.

Dasar EKSA UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai universiti watan beriltizam mengutamakan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals -SDG) dalam mewujudkan budaya kerja berprestasi tinggi sebagai amalan bagi mencapai kesejahteraan warganya melalui pelaksanaan EKSA yang berterusan.

Pelaksanaan EKSA

  • Prinsip 3B: Buang (lupus perabot/bahan rosak), bersih, dan bersusun.
  • Pelabelan: Semua peralatan, perabot, suis lampu/pendingin udara, bilik fail, stor, dan zon makanan/minuman mesti dilabelkan secara seragam menggunakan pelekat standard.
  • Notis Panduan: Setiap ruang khas (seperti mesin fotostat, mesin shredder, surau, bilik mesyuarat dan tandas) perlu ditampal notis panduan penggunaan dan etika.
  • Rajah/Pelan Suis & Lampu: Pelan indikator warna bagi suis lampu/kipas perlu ditampal berdekatan suis bagi mengelakkan pembaziran tenaga.
  • Gambar Sebelum dan Selepas: Amalan mengambil gambar sebelum dan selepas aktiviti gotong-royong mestilah dilaksanakan untuk tujuan pelaporan audit.
  • Sudut Kitar Semula: Menyediakan tong/sudut kitar semula di lokasi bersesuaian.

Struktur Jawatankuasa EKSA FEP

Bil. Jawatan Nama
1 Penasihat Prof. Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi
2 Ketua Kluster Prof. Madya Dr. Wye Chung Khain
3 Timbalan Ketua Kluster Prof. Madya Dr. Muhamad Azry Khoiry
3 Setiausaha Puan Nurul Ain Nafhah Abd Rahman
5 Jawatankuasa Audit Puan Rosnani Boyak
6 Jawatankuasa Latihan Dr. Muhammad Syukri Abdullah
7 Jawatankuasa Dokumentasi Puan Syahida Zainal Abidin
8 Jawatankuasa Promosi Dr. Ruzanna Ab Razak
9 Jawatankuasa Prasarana Encik Adlisham Anuar
10 Ketua Zon Pejabat Dekan Puan Hasnur Bariah Adnan
11 Ketua Zon Sekretariat HEPI Encik Muhamad Asri Abd Ghani
12 Ketua Zon Sekretariat Prasiswazah Puan Rafidah Abdul Aziz
13 Ketua Zon Sekretariat Siswazah Puan Latifah Kasmuri
14 Ketua Zon Sekretariat HEJIM Encik Mohammad Syafirul Zarif Saleh Hudin
15 Ketua Zon UKM-CESMED YM Raja Nur Aina Raja Hussain Shah