LAWATAN DARIPADA WAKIL ARABIAN GULF UNIVERSITY (AGU) KE MAKMAL JABATAN FISIOLOGI
18 DISEMBER 2024
PROGRAM PEMANTAPAN PERKHIDMATAN JABATAN FISIOLOGI 2024
12 DISEMBER 2024
Tajuk: Toksisiti di Tempat Kerja- Bagaimana Mengubah Dinamika Pasukan untuk Mencegah Buli
Tempat: Sinaps (Bilik Mesyuarat Fisiologi)
Penceramah: YM To’ Puan Dr. Tengku Elmi Azlina Tengku Muda
LAWATAN DARIPADA PERSEKUTUAN PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA
9 NOVEMBER 2024
Jabatan Fisiologi berbesar hati menerima lawatan daripada Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia bagi membincangkan potensi kolaborasi untuk penyelidikan dan pengajaran.
BENGKEL WESTERN BLOT
16 OKTOBER 2024
Jabatan Fisiologi telah mengadakan Bengkel Western Blot dengan kerjasama syarikat Biomarketing Services Sdn Bhd di Bilik Sinaps dan Makmal Sitoplasma Jabatan Fisiologi pada 16 Oktober 2024.
Penganjuran bengkel ni adalah memperkenalkan teknologi terkini teknik western blot kepada pelajar siswazah serta kakitangan makmal penyelidikan.
LAWATAN DARI SYARIKAT CHENGDU TECHMAN SOFTWARE CO. LTD., CHINA & BIOMICS SOLUTION SDN. BHD.
11 JUN 2024
Jabatan Fisiologi berbesar hati menerima lawatan dari wakil syarikat ChengduTechman Software Co. Ltd, China dan Biomics Solution Sdn. Bhd. bagi membincangkan potensi kolaborasi untuk penyelidikan dan pengajaran.
BENGKEL DEMONSTRASI DAN ANALISA DATA UJIAN ENZYME-LINKED IMMUNOSORBENT ASSAY (ELISA)
11 JUN 2024
Jabatan Fisiologi telah mengadakan Bengkel Demonstrasi dan Analisa Data Ujian Enzyme-Linked Immunosorbent Assay (ELISA) dengan kerjasama bersama Syarikat Prima Nexus Sdn Bhd di Bilik Sinaps dan Makmal Nukleas Jabatan Fisiologi pada 11 Jun 2024, jam 10 pagi hingga 4.30 petang.
Bengkel ini dikendalikan bersama wakil syarikat Prima Nexus Sdn Bhd yang diwakili Pn. Nura Samsuddin dan Dr. Ramya Dewi sebagai penceramah. Bengkel ini berjaya meningkatkan kefahaman peserta dalam mengendalikan dan analisa ujian ELISA.
LAWATAN DARI SYARIKAT GLYNESS INDUSTRIES & RAKAN USAHASAMA DARIPADA CHINA
17 MEI 2024
Jabatan Fisiologi telah menerima satu lawatan daripada Syarikat Glyness Industries bersama rakan – rakan usahasama dari Negara China ke Makmal Penyelidikan, Tingkat 9, Jabatan Fisiologi pada 17 Mei 2024 (Jumaat) jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari.
Lawatan ini tercetus daripada minat syarikat dari Negara China dalam hasil penyelidikan berkaitan sarang burung walit yang telah dijalankan oleh pelajar siswazah Jabatan Fisiologi. Lawatan dan perbincangan daripada lawatan ini tertumpu kepada potensi kerjasama dan tajaan penyelidikan yang boleh dijalankan di Malaysia dan Negara China.
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PENYELIDIKAN ANTARA JABATAN FISIOLOGI UKM DAN GLYNESS INDUSTRIES SDN. BHD.
27 MAC 2024
Fakulti Perubatan UKM melalui Jabatan Fisiologi menjalinkan kerjasama penyelidikan dengan pihak Glyness Industries Sdn Bhd dalam projek yang bertajuk ‘The Effects of Immobilized Papain Treatment on Antioxidant Properties of Edible Bird’s Nest (EBN)’. Kajian ini bakal menghasilkan kaedah pengekstrakan EBN yang lebih berkesan untuk meningkatkan kesan anti-oksida EBN.
Turut hadir ke majlis ini adalah, Profesor Dr. Mohamad Nasir Shafiee, Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi; Profesor Dr. Norazlina Mohamed, Penolong Dekan Kualiti & Strategi; Prof. Madya Dr. Ruslinda Mustafar, Penolong Dekan Perkhidmatan Klinikal; Prof. Madya Dr. Mohd Helmy Mokhtar, Penolong Dekan Keusahawanan & Kreativiti; Prof. Madya Dr Azizah Ugusman, Ketua Jabatan Fisiologi; dan Dr. Adila A. Hamid selaku Ketua Penyelidik. Pensyarah dan kakitangan Jabatan Fisiologi turut memeriahkan majlis ini. Manakala dari pihak Gnosis pula adalah YBrs. En. Henry Tan Chin Soon, Pengarah Eksekutif Gynesss Industries Sdn. Bhd serta beberapa orang kakitangan yang lain turut memeriahkan majlis ini.
LAWATAN PENANDAARAS DARI MAKMAL PENYELIDIKAN HPKK
21 MAC 2024
MINI POSTGRADUATE SYMPOSIUM 2024
7 & 13 MAC 2024
GOTONG-ROYONG BAHAN PAKAI HABIS FISIOLOGI
28 FEBRUARI 2024
BENGKEL PENULISAN SAINTIFIK BIL. 1/2024
6 – 8 FEBRUARI 2024
LAWATAN PENANDA ARAS DARIPADA JABATAN PARASITOLOGI & ENTOMOLOGI PERUBATAN