Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

PROGRAM SAINS PERUBATAN (FISIOLOGI)

Tempoh Pengajian

Tujuan program ini adalah untuk melahirkan graduan yang berupaya dan berdikari di dalam menjalankan aktiviti penyelidikan. Antara objektif program ini ialah untuk menghasilkan graduan yang peka dan berpengetahuan di dalam menjalankan dan mengetuai penyelidikan, merancang dan melaksanakan aktiviti dan mencari serta menguruskan geran penyelidikan.

 

Pengajian secara penyelidikan sahaja dijalankan bagi program ini. Ia mengambil masa 6 – 12 semester untuk pelajar sepenuh masa atau 8 – 14 semester untuk pelajar separuh masa.

Syarat Kemasukan

  1. Calon perlu mempunyai Ijazah Sarjana Sains atau setara dari institusi yang diiktiraf oleh Senat.
  2. Kelayakan minima bagi calon warganegara Malaysia ialah gred kumulatif (PNGK) sebanyak 3.67 bagi calon Ijazah Sarjanamuda Sains (Kepujian) atau yang setara dengannya.
  3. Bagi calon Sarjana Sains Perubatan (Fisiologi), penukaran tahap pengajian boleh dilakukan tertakluk kepada Akta UKM dan Peraturan-peraturan UKM (Pengajian Siswazah).
  4. Memperoleh Band 3 bagi MUET bagi pelajar-pelajar dalam negara.
  5. Memperoleh skor minima 79-93 bagi TOEFL atau Band 6.5 bagi IELTS bagi pelajar-pelajar dari luar negara.
  6. Calon antarabangsa perlu lampirkan bukti penajaan dari kerajaan atau badan kerajaan yang disahkan oleh Malaysia.

Kaedah Pengajaran & Pembelajaran

Hasil pembelajaran dan sasaran pendidikan diolah bagi menghasilkan graduan lengkap secara holistik sejajar dengan misi dan visi universiti. Ciri-ciri graduan yang akan dihasilkan ialah inovatif dan berkepimpinan di dalam proses pembangunan ilmu. Ini membantu menghasilkan masyarakat dinamik dan berpengetahuan.

Kaedah pengajaran – pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran adalah termasuk aktiviti yang melibatkan kajian penyelidikan:

  • Kajian perpustakaan,
  • Merekabentuk dan menjalankan ujikaji,
  • Pengumpulan data, analisa dan penterjemahan,
  • Penulisan tesis dan manuskrip; dan
  • Pembentangan seminar dan persidangan saintifik

Kaedah pengajaran & pembelajaran adalah konsisten dengan kurikulum di mana ianya melibatkan penyeliaan mingguan, laporan penyelia setiap enam bulan dan pemantauan berterusan pada peringkat jabatan. Program ini melibatkan penyelidikan sahaja. Oleh itu, calon perlu melakukan kerja-kerja makmal bagi menyelesaikan projek mereka.

Bidang PenyelidikanPenyelia/Penyelidik
Cardiovascular Research (CaRe)Dr. Azizah Ugusman
Dr. Amilia Aminuddin
Dr. Adila A. Hamid
Reproductive ScienceProf. Madya Dr. Siti Fatimah Ibrahim
Prof. Madya Dr. Mohd Helmy Mokhtar
Dr. Farah Hanan Fathihah Jaffar
GUT ResearchProf. Dr. Norfilza Mohd Mokhtar
Dr. Norhazlina Abdul Wahab
Regenerative Medicine: Stem Cell and Tissue EngineeringProf. Madya Dr. Chua Kien Hui
Prof. Madya Dr. Mohd Heikal Mohd Yunus
Prof. Madya Dr. Jaya Kumar Murthy
Neurophysiology

Prof. Madya Dr. Jaya Kumar Murthy

Prof. Madya Dr. Chua Kien Hui
Prof. Madya Dr. Mohd Heikal Mohd Yunus

Penilaian

Penilaian formatif merangkumi pembentangan, latihan praktikum, tugasan bertulis dan manuskrip untuk penerbitan. Penilaian summatif melibatkan penilaian tesis dan sesi viva yang dilakukan oleh penilai luar dan dalam UKM. Perjalanan dan sesi soal jawab semasa viva dilakukan bagi menilai pencapaian calon dari segi kebolehan menganalisa, menterjemahkan dan berfikir secara kritis mengenai bidang kajian yang telah dilakukan.

Maklumat lanjut sila hubungi Prof. Madya Dr. Mohd Helmy Mokhtar (helmy@ukm.edu.my)

atau

layari laman sesawang Sekretariat Pengajian Siswazah, Fakulti Perubatan, UKM.