Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan
Program Sarjana Sains Perubatan (Fisiologi) mod penyelidikan yang bertujuan menggabungkan nilai-nilai kepimpinan, tanggunggjawab sosial, penyelidikan, penajaan, khidmat masyarakat, nilai etika, profesionalisme dan penjanaan ilmu. Nilai-nilai ini disahihkan di dalam reka bentuk kurikulum berdasarkan hasil pembelajaran yang dinyatakan.
Program ini untuk pelajar sepenuh masa dan mengambil masa antara 4 – 6 semester (sepenuh masa) atau 6 – 8 semester (separuh masa).
Bagi pelajar antarabangsa, hanya kaedah pengajian sepenuh masa dibenarkan.
Kaedah pengajaran – pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran adalah termasuk aktiviti yang melibatkan kajian penyelidikan:
Kaedah pengajaran – pembelajaran adalah konsisten dengan kurikulum di mana ianya melibatkan penyeliaan mingguan, laporan penyelia setiap enam bulan dan pemantauan berterusan pada peringkat jabatan. Program ini melibatkan penyelidikan sahaja. Oleh itu, calon perlu melakukan kerja-kerja makmal bagi menyelesaikan projek mereka.
Projek penyelidikan di Jabatan Fisiologi berkisar kepada empat (4) bidang utama seperti berikut:
| Kumpulan Penyelidikan | Ahli Kumpulan |
| Cardiovascular Research (CaRe) | Prof. Dr. Azizah Ugusman Prof. Madya Dr. Amilia Aminuddin Dr. Adila A. Hamid |
| Reproductive Genomic and Antioxidant Research (REGENA) | Prof. Dr. Siti Fatimah Ibrahim Prof. Dr. Mohd Helmy Mokhtar Dr. Farah Hanan Fathihah Jaffar |
| Regenerative Medicine | Prof. Madya Dr. Mohd Heikal Mohd Yunus |
| Neuroscience and Addiction | Prof. Madya Dr. Jayakumar A/L Murthy |
Calon dikehendaki membentangkan kertas kerja penyelidikan untuk dinilai di peringkat jabatan. Ini diikuti dengan kelulusan daripada Jawatankuasa Etika sebelum berakhirnya semester pertama.
Penilaian
Penilaian formatif merangkumi pembentangan, latihan praktikum, tugasan bertulis dan manuskrip untuk penerbitan. Penilaian summatif melibatkan penilaian tesis dan sesi viva yang dilakukan oleh penilai luar dan dalam UKM. Perjalanan dan sesi soal jawab semasa viva dilakukan bagi menilai pencapaian calon dari segi kebolehan menganalisa, menterjemahkan dan berfikir secara kritis mengenai bidang kajian yang telah dilakukan.
Seminar & Penerbitan
Seminar berjadual diadakan sekurang-kurangnya dua kali bagi setiap calon iaitu pada pertengahan dan akhir tempoh pengajian. Calon dikehendaki untuk menghadiri semua seminar yang diadakan sebulan sekali. Calon juga perlu membentangkan satu (1) kertas kerja di persidangan saintifik pada peringkat kebangsaan ATAU antarabangsa. Calon juga dikehendaki untuk menghasilkan SATU (1) penerbitan di dalam jurnal yang diindeks oleh Web of Science (WoS) atau SCOPUS.
Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh Senat Universiti; ATAU
Kelayakan profesional lain yang relevan atau pengalaman yang diiktiraf sebagai setara oleh Senat Universiti; DAN
Pengalaman minimum 3 tahun sebagai kakitangan kejururawatan yang bertauliah dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman dalam bidang kepakaran (khusus untuk calon yang memohon Sarjana Kejururawatan sahaja); DAN
Pelajar antarabangsa mestilah mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris secara lisan dan bertulis dengan IELTS ≥ Band 6.5 atau MUET ≥ Band 5.0 atau TOEFL iBT ≥ 79 atau Pearson Test of English ≥ 63 atau Cambridge English Qualifications and Tests ≥ 176, yang diambil dalam tempoh dua (2) tahun sebelum tarikh permohonan; DAN
Semua pemohon antarabangsa dan pemohon pembiayaan sendiri hendaklah mengemukakan bukti kewangan bertulis yang diterima, sama ada dalam bentuk penyata bank/institusi kewangan yang aktif atau surat jaminan yang diterima.
Syarat / Kriteria Calon Yang Layak Untuk Memohon:
(a) Calon mengikuti program Sarjana Mod Penyelidikan sahaja;
(b) Permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja selewat-lewatnya dalam tempoh masa DUA (2) BULAN PERTAMA DI- SEMESTER KETIGA (3);
(c) Calon telah menghadiri dan membentang sekurang-kurangnya SATU (1) kertas kerja di persidangan yang BUKAN ANJURAN UKM;
(d) Telah mempunyai sekurang-kurangnya SATU (1) Manuskrip telah diterima oleh Jurnal Berindeks WoS dalam bidang calon dan merupakan Pengarang Utama;
(e) Penilaian Laporan Kemajuan Calon (LKC) mesti baik dan tiada tindakan tatatertib.
(f) Telah mencapai/melengkapkan sekurang-kurangnya 75% dari objektif spesifik Penyelidikan Sarjana (dinilai semasa pembentangan proposal di peringkat Jabatan dan melengkapkan Borang Penilaian Pembentangan Proposal);
(g) Telah selesai penulisan minimum 2 Bab Tesis (Bab 1 – Pendahuluan dan Bab 2 – Kajian Kepustakaan);
(h) Penilaian dan kelulusan perlu dibuat oleh Panel/Jawatankuasa Penilaian di peringkat Jabatan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya TIGA (3) orang Pensyarah (selain daripada Penyelia). Tahap kelulusan penilaian calon ialah minimum 80% untuk calon diperakukan;
(i) Mendapat sokongan bertulis daripada Penyelia Utama & Ketua Jabatan dengan melengkapkan Borang Permohonan Naiktaraf daripada Program Ijazah Sarjana ke Ijazah Doktor Falsafah Fakulti Perubatan UKM.
Maklumat lanjut sila hubungi Dr. Farah Hanan Fathihah Jaffar (pgphysiology@ukm.edu.my)
atau
layari laman sesawang Sekretariat Pengajian Siswazah, Fakulti Perubatan, UKM