Hal Ehwal Jaringan, Industri dan Masyarakat (HEJIM) berperanan sebagai penggerak utama dalam membina dan memantau hubungan strategik antara fakulti dengan pihak berkepentingan seperti industri, komuniti, NGO, dan agensi kerajaan sama ada di dalam mahupun luar negara.
Unit ini bertanggungjawab memadankan kepakaran akademik, prasarana, serta sumber fakulti bagi memacu kerjasama dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan khidmat kepakaran.
Selain itu, HEJIM turut menguruskan dokumen kerjasama rasmi seperti LoI, MoU, dan MoA bagi memastikan kelestarian hubungan antara fakulti dengan pihak luar secara sistematik.
Di samping itu, HEJIM menyelaraskan pelbagai program pembangunan pelajar termasuk penempatan latihan industri, aktiviti kebolehpasaran graduan serta program mobiliti antarabangsa. Unit ini juga aktif menerajui inisiatif keterlibatan komuniti melalui program pemindahan ilmu, serta pelbagai aktiviti kebajikan masyarakat dan kelestarian. Segala usaha ini bermatlamat untuk memperkukuh jaringan fakulti dan memastikan impak kepakaran warga FKAB dapat dimanfaatkan secara menyeluruh.