Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Pusat Kejuruteraan Termaju (PKT)

Advanced Engineering Centre

Pusat Kejuruteraan Termaju atau PKT ini telah dikembalikan semula sebagai Pusat Kajian Perkembangan dan Kemajuan Fakulti. Kakitangan elit dari kumpulan akademik dan sokongan akan dipanggil untuk menyertai pusat ini yang akan diketuai oleh Dekan.

Pusat ini akan membantu fakulti dalam merangka strategi untuk meningkatkan penjanaan, kebolehpasaran graduan, pengkomersilan, penonjolan, penarafan, pembangunan dan lain-lain supaya FKAB sentiasa disegani sebagai fakulti yang menjadi penyumbang terbesar kepada aspirasi universiti. PKT juga turut membantu memudahcara kemasukan dana dan sumbangan peralatan daripada industri dan alumni kepada fakulti.

Pusat Kejuruteraan Termaju FKAB terletak di pintu masuk utama Bangunan Akademik FKAB.