PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

UKM, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, PTPTN Meterai MoU Jalin Kerjasama Strategik

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Hal Ehwal Pelajar, (HEP-UKM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 4 April di Bilik Majlis, Canselori UKM baru-baru ini.

Skop kerjasama dalam tempoh lima tahun ini menumpukan peningkatan kemahiran dan pengetahuan graduan yang berkualiti agar berupaya memenuhi keperluan industri bagi meningkatkan peluang pekerjaan, pembudayaan penabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) dan  pelaksanaan  program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi meningkatkan kesejahteraan warga UKM.

Perjanjian ini dimeterai antara UKM yang diwakili oleh Naib Canselor, YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj Toriman manakala Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwakili oleh Ketua Eksekutif, YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil dan juga Ketua Pegawai Operasi PTPTN, YBrs. Puan Mastura Mohd Khalid.

Turut hadir sama ke majlis ini ialah dif-dif kehormat iaitu Ketua Pegawai Kewangan, PTPTN, YBrs. Encik Azhar Ahmad, Pendaftar UKM, YBhg. Dato Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla, Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM), YBhg. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman,Pegawai- pegawai Kanan PTPTN , Pegawai-pegawai Kanan UKM serta para tetamu lain.

Semoga Warga UKM dan PTPTN beroleh manfaat dan inisiatif strategi kini juga diharap dapat memberikan impak positif secara keseluruhannya.