PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

Warga HEP-UKM

Pemurnian Indeks Prestasi Utama

Satu Bengkel Pemurnian Key Performance Indicator KPI Sistem Penilaian Prestasi Universiti (SPPU) telah diadakan pada 2 April 2024 bertempat di Bangi Resort Hotel untuk membincangkan secara terperinci KPI SPPU bagi kelancaran pengisian input MyKPI UKM dan seterusnya untuk penilaian pengukuran pencapaian KPI SPPU bagi tahun 2024. 

Penyelarasan tugas Warga HEP-UKM juga telah dibuat dalam memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan oleh semua unit.

Perbincangan penyelarasan KPI ini telah dihadiri oleh Pengarah HEP-UKM, Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua Pentadbiran, Ketua-ketua Unit dan para pegawai HEP-UKM. 

Semoga HEP-UKM terus memberikan perkhidmatan optimum kepada pihak berkepentingan khususnya pelajar UKM. Penganjuran Bengkel KPI ini telah mencapai objektifnya dan berlangsung dengan jayanya.