Program Mental Koyak
Program Mental Koyak: Bina Semula Ketahanan Diri adalah salah satu inovatif yang menggabungkan pembangunan kemahiran mahasiswa dan kesihatan mental remaja bagi mencetus fenomena baharu dalam pendidikan tinggi Malaysia. Program Khidmat masyarakat ini melibatkan 10 buah sekolah menengah di sekitar Hulu Langat dan ditaja penuh oleh UKM Specialist Centre. Program ini membuka peluang kepada mahasiswa UKM untuk belajar mengendalikan program khidmat masyarakat sekaligus melibatkan pembangunan kesihatan mental.
Program Aku Berhak Bahagia
Program Aku Berhak Bahagia dianjurkan oleh Unit Kaunseling, Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) dengan kerjasama Urusetia Pembimbing Rakan Siswa (UPRS) yang telah dijalankan pada 8 Jun 2024. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang penjagaan kesihatan mental kendiri dengan lebih baik. Sebanyak 30 orang pelajar telah menyertai pelbagai aktiviti yang bertujuan mempelajari teknik relaksasi, pengurusan konflik dan cara mengatasi masalah secara berkesan.