PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

Anugerah Tokoh SISWA

Empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia telah berjaya mengharumkan nama UKM dalam Anugerah Tokoh Siswa 2022 yang berlangsung pada 20 Mac 2023 di Dewan Zaaba Kementerian Pendidikan Tinggi Presint 5, Putrajaya.

Majlis yang dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada mahasiswa unggul dalam persada universiti. Turut hadir Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr Mohd Ekhwan Toriman dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Prof Madya Dr. Mohd Suzeren Md. Jamil serta Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM), Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman.

Pemenang Anugerah Tokoh Siswa adalah saudara Harun Muzhaffar bagi kategori Anugerah Kepimpinan Kesukarelawan (Kesejahteraan Komuniti), saudara Harieshkumar Thillai Nathan (Anugerah Kepimpinan Fakulti/Persatuan/Kelab), saudari Siti Aisyah Mohd Helmi (Anugerah Penghargaan Khas Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi) dan saudara Tan Wai Seng bagi kategori Anugerah Kepimpinan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Semoga kejayaan anda mampu memberi aspirasi dalam membentuk Mahasiswa Madani!