PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

HEP-UKM PERKASA RUANG KATARSIS

Bantu Mahasiswa UKM

Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) menerusi Unit Kaunseling  telah berjaya membangunkan Ruang Katarsis yang mampu memberi manfaat kepada hampir 43 ribu mahasiswa UKM di aras 7, Bangunan Pusanika. 

Pembangunan ruang ini telah mengambil masa selama 2 tahun dan menelan kos sebanyak RM470 ribu bagi memberikan perkhidmatan premium kepada para mahasiswa.

Ruang Katarsis yang membawa maksud ruang kelegaan emosi merupakan salah satu inisiatif HEP-UKM bagi membantu mahasiswa UKM dari aspek penjagaan emosi dan kesihatan mental sepanjang pengajian mereka. 

Ruang ini juga telah dibangunkan mengikut piawaian seperti ketetapan pihak MQA di mana penyediaan bilik sesi yang kedap bunyi dan juga dillengkapi dengan loceng penggera keselamatan.

Unit Kaunseling sentiasa bersedia menghulur tangan untuk memberikan khidmat dalam membantu pelajar UKM.

Sekitar Ruang Katarsis