PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

JARINGAN KOMUNITI

Sekolah Kebangsaan Bangi

Sekolahku, Universitiku

Program Chemistry Is Cool

Program Sekolahku Universitiku bersama FST dengan kerjasama Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Kimia Malaysia (IKM), NGO Dana Kita serta ChemSci UKM pada 5 Januari 2023 di SK Bangi.

Program ini dirasmikan oleh Dr. Aida Hanim A. Hamid, Pengarah Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (I-KOM) UKM bersama Dr Nurwina Akmal Anuar, Timbalan Pengarah HEP-UKM, Puan Nora, Guru Besar SK Bangi, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hariri Arifin, Penolong Dekan (Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat) FST dan ChM. Dr. Nur Hasyareeda Hassan, Penolong Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) FST.

Program ini dijalankan bagi menarik minat murid SK Bangi terhadap bidang sains khususnya kimia dengan inisiatif mendedahkan kepentingan dan keunikan sains itu sendiri kepada para murid melalui aktiviti yang akan dijalankan dengan tema Chemistry Is Cool.

Sekolahku, Universitiku

Sekolah Kebangsaan Bukit Teratai, Ampang

Program Ilmu Asas Sukan Tenis, Asas Bahasa Isyarat dan Puisi dalam Bahasa Inggeris.

Program Sekolahku Universitiku bersama Fakulti Pendidikan dengan kerjasama Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 14 Februari 2023 Taman Bukit Teratai, Ampang.

Program yang dirasmikan oleh Dr. Nurwina Akmal Anuar, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Inklusif) HEP-UKM turut dihadiri Dr. Aida Hanim A. Hamid, Pengarah, Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (I-KOM) UKM,    Dr. Khairul Azhar Jamaluddin, Timbalan Dekan Jaringan dan Alumni Fakulti Pendidikan, Dr. Wan Ahmad Munsif Wan Pa, Penolong Dekan Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni Fakulti Pendidikan, Selaku Penyelaras Siswa, En. Nor Hairul Nizam Bin Abu Sefian, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai dan Pn. Sneha A/P Manharlal, Guru Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai.

Program separuh hari dijalankan bagi menarik minat murid SK Taman Bukit Teratai terhadap ilmu asas sukan Tenis, asas bahasa isyarat dan puisi dalam Bahasa Inggeris.  

Pelbagai aktiviti dijalankan bersama 40 orang murid Tahun 5 bagi memberi pendedahan kepada mereka.

Jerayawara

Pada Disember 2022 hingga Januari 2023, Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) telah berkunjung ke kolej-kolej akademia sekitar Kampus Bangi, Kampus Kuala Lumpur dan Kampus Cheras.

Jerayawara ini melibatkan Kolej Tun Syed Nasir, Kolej Tun Dr. Ismail, Kolej Dato’ Onn, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Ibrahim Yaakub, Kolej Rahim Kajai, Kolej Aminuddin Baki, Kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Pendeta Za’ba dan Kolej Ungku Omar.

Jerayawara ini telah disempurnakan dengan kerjasama Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Akadmia dan para pelajar telah diberi pendedahan mengenai  fungsi, perkhidmatan yang ditawarkan dan program-program yang dijalankan oleh HEP-UKM seperti bantuan kebajikan untuk pelajar, soal jawab mengenai Sistem Integrasi Bakat, Aktiviti & Resume Pelajar (iSTAR), perkhidmatan kaunseling, penyertaan program kesukarelawan pelajar dan pencarian ahli Siswa Clique.

Jerayawara ini secara tidak langsung, telah memberikan pendedahan kepada pelajar di samping menjelaskan segala kekeliruan pelajar mengenai fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan di HEP-UKM.

KTSN

Jerayawara di Kolej Tun Syed Nasir

KRK

Jerayawara di Kolej Rahim Kajai

KDO & KTHO

Jerayawara di Kolej Dato Onn dan Kolej Tun Hussein Onn

KIY

Jerayawara di Kolej Ibrahim Yaakob

KUO

Jerayawara di Kolej Ungku Omar

KTDI

Jerayawara di Kolej Tun Dr. Ismail

KAB & KIZ

Jerayawara di Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Ibu Zain

KBH

Jerayawara di Kolej Burhanuddin Helmi

KPZ

Jerayawara di Kolej Pendeta Zaaba

Bicara Kaunselor

Program Bicara Kaunselor merupakan salah satu program bulanan Unit Kaunseling yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi di Unit Kaunseling secara bergilir-gilir. Program ini dijalankan secara dalam talian berkonsepkan webinar. Webinar ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran untuk menjaga kesihatan mental dalam kalangan pelajar khususnya terutama dalam situasi mencabar sekarang. Program ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dan juga warga UKM memahami diri dan membantu diri untuk lebih bersedia menjaga kesihatan mental.