PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

JARINGAN KOMUNITI

Sekolahku, Universitiku

Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina (FKAB)

Program Sekolahku Universitiku bersama Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina dengan kerjasama Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah diadakan pada hari ini, 09 Mei 2023 di SK Taman Bukit Teratai, Ampang.

Program ini dirasmikan oleh Dr Iskandar Yahya, Penolong Dekan Hal- Ehwal Pelajar dan Alumni Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina, turut dihadiri oleh Puan Hazrin Adila Mohamad Hashim, Penolong Pendaftar Kanan selaku wakil pemantau Program Sekolahku Universitiku dan Cik Farah Syafiqah Hamdan daripada HEP-UKM serta En. Nor Hairul Nizam Bin Abu Sefian, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai.

Program ini dijalankan selama separuh hari bagi menarik minat murid SK Taman Bukit Teratai terhadap ilmu asas berkenaan asas Pengekodan dan Pengaturcaraan Robot selaras dengan Pembangunan Revolusi Perindustrian (IR 4.0) dengan menggunakan perisian mBlock.

Pelbagai aktiviti dijalankan bersama 23 orang murid Tahun 5 bagi memberi pendedahan kepada mereka.

 

Kolej Ibrahim Yaakub

Sekolahku, Universitiku

Program Sekolahku Universitiku bersama Kolej Ibrahim Yaakob (KIY) dengan kerjasama Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah diadakan pada hari ini, 25 Mei di SK Bangi  yang melibatkan seramai 204 orang murid. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Nora Hussein selaku Guru Besar SK Bangi dan turut disempurnakan oleh Pengetua KIY, Prof. Madya Dr. Karim Harun. Turut hadir di dalam program ini adalah Cik Nur Emieza Saleh, Penolong Pendaftar selaku wakil pemantau Program Sekolahku Universitiku.

Program ini dapat mengembangkan keterampilan kepemimpinan yang penting, meningkatkan kepercayaan diri, mengembangkan kemampuan komunikasi yang efektif, mengasah keterampilan kerja tim, memperluas jaringan sosial, dan meningkatkan kesedaran diri setiap pelajar dan murid.