Jaringan & Lawatan
PENANDAARASAN
Lawatan Penanda Arasan daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Seramai 37 orang pelajar Indonesia telah terpilih dari pelbagai latar bidang pendidikan sebagai wakil Leaders ID pada 15 Januari 2024 (Isnin) untuk menyertai lawatan ke Kampus UKM.
Beberapa lokasi jelajah lawatan telah disusun untuk memberikan pengalaman dan suasana di Kampus UKM iaitu ke Muzium Warisan Akademik, Muzium Akademik Canselori dan juga Perpustakaan Tun Seri Lanang. Peserta juga turut berpeluang melawat Studio Mention, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
Tujuan utama lawatan ini bagi penanda arasan dengan HEP-UKM berkaitan tadbir urus kelab dan persatuan serta kebolehpasaran graduan. Selain itu, perbincangan berkaitan dengan tadbir urus badan beruniform turut dibincangkan bersama pihak KESATRIA UKM. Jalinan kerjasama strategik ini membolehkan perkongsian ilmu antara UMK dan UKM.
Pihak UMK juga telah dibawa melawat ke Arena e-Sukan UKM, dan kemudahan-kemudahan lain di PUSANIKA UKM.
Lawatan Penandaarasan Kolej Profesional MARA, Seri Iskandar, Perak ke Pusat Hal Ehwal Pelajar UKM
Satu lawatan penandaarasan ke Pusat Hal Ehwal Pelajar, HEP- UKM telah diadakan pada 24 April oleh Kolej Profesional MARA Seri Iskandar, Perak.
Pengarah HEP-UKM, Ketua HEPA dan wakil pegawai telah menyantuni delegasi yang dihadiri oleh Pengarah Kolej Profesional MARA, Encik Ismanor Fahmi Ismail, Pegawai Teknologi, Encik Fazlee Abdul Rahman, Pegawai Teknologi Maklumat, Encik Mohamad Kamal Rosman Wahid, Pegawai Teknologi Maklumat, Encik Muhamad Idwan Ismail, Pensyarah Kolej Profesional MARA, Encik Norizwan Azlan, Encik Ahmad Shahriman Ahamad Tekmezi dan Pegawai Kokurikulum, Encik Faizilnizam Ibrahim.
Pihak KPM Seri Iskandar juga telah dibawa melawat ke Arena e-Sukan UKM, Ruang Kartasis, Bilik KMUKM dan kemudahan-kemudahan lain termasuk premis dan kiosk di Bangunan PUSANIKA, UKM.
Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk melihat dengan lebih dekat kemudahan sukan elektronik di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi menaik taraf kemudahan kolej sedia ada serta menjalinkan hubungan perkongsian kepakaran.