PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

Fakulti & Kolej Akademia

Kembara Kaunselor

Dari bulan April hingga Jun 2023, Unit Kaunseling, Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) telah berkunjung ke kolej-kolej akademia sekitar Kampus dan juga beberapa buah fakulti.

Jerayawara yang dikenali sebagai Kembara Kaunselor ini melibatkan sebanyak lima (5) buah kolej dan enam (6) buah fakulti iaitu Kolej Pendeta Za’ba, Kolej Ibrahim Yaakub, Kolej Ibu Zain, Kolej Dato’ Onn dan Kolej Aminuddin Baki. Manakala fakulti yang terlibat adalah Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Fakulti Undang-undang dan Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat.

Jerayawara ini telah dijalankan oleh Kaunselor Pelatih yang menjalankan Latihan Industri di Unit Kaunseling, HEP-UKM. Tujuan program Kembara Kaunselor ini diadakan adalah untuk memberi maklumat berkaitan perkhidmatan kaunseling dan membina jaringan serta hubungan bersama pelajar.

Jerayawara ini secara tidak langsung, telah memberikan pendedahan kepada pelajar tentang peranan Unit Kaunseling di samping menjelaskan segala kekeliruan pelajar mengenai fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan di HEP-UKM.