PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

Kunjungan Universiti Luar

 

Pada awal tahun 2023, Pusat Hal Ehwal Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (HEP-UKM) telah menerima Lawatan Penanda Aras daripada Delegasi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia (BHEP UPM), Pusat Pembangunan dan Perkhidmatan Pelajar (P3P) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Pusat Kegiatan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA Kampus Shah Alam.

Pengurusan Tertinggi HEP-UKM bersama barisan Ketua-Ketua Unit turut menyertai lawatan delegasi dari empat (4) buah universiti ini. Lawatan delegasi ini memfokuskan kepada perkongsian dan tanda aras empat (4) elemen Pemerkasaan Mahasiswa yang diamalkan di UKM.

Sesi lawatan berimpak positif telah berjalan dengan lancar dan diharapkan perkongsian seumpama ini akan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak seterusnya akan diteruskan pada masa akan datang. Mahasiswa madani teras kecemerlangan universiti !

UiTM Shah Alam

Universiti Teknologi Mara, Shah Alam

UniMAP

Universiti Malaysia Perlis

UPM

Universiti Putra Malaysia

UTeM

Universiti Teknikal Malaysia Melaka