PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

Inisiatif baharu, kelulusan ke luar negara kini lebih mudah!

Pada 1 Mac 2023, Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) telah berjaya menambah satu lagi inisiatif baharu iaitu permohonan aktiviti dan program pelajar ke luar negara yang lengkap diterima oleh HEP-UKM mestilah tidak kurang 30 hari dari tarikh mula program sama seperti permohonan aktiviti/program dalam negara.

Inisiatif ini dikecapi melalui perbincangan bersama HEP-UKM, Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dan wakil Penasihat Kelab/Persatuan serta wakil pelajar yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Eksekutif Pelajar (MEP), Persatuan Mahasiswa Fakulti (PMF) dan Persatuan Anak Negeri.

Susulan daripada itu, Timbalan Naib Canselor HEPA telah membentangkan kertas cadangan dan diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPU) pada 21 Februari 2023.

Justeru, sebarang permohonan kelulusan bagi aktiviti/program pelajar ke luar negara perlu dihantar menerusi Sistem Integrasi Bakat, Aktiviti & Resume Pelajar (iSTAR) tidak kurang 30 hari dari tarikh mula program. Permohonan yang telah lengkap akan diluluskan oleh Timbalan Naib Canselor HEPA.