PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

Majlis Pelancaran Pelan Strategik HEPA

Majlis Pelancaran Pelan Strategik HEPA

Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak diiringi oleh Naib Canselor, Prof. Dato' Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman melancarkan Pelan Strategik Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UKM di Dewan Canselor Tun Abdul Razak pada 31 Mei, baru-baru ini.

 

Majlis itu diadakan bagi membentangkan 10 pelan strategik pusat tanggungjawab di bawah HEPA bagi merealisasikan strategi dan hala tuju HEPA yang digarapkan dalam tempoh 2023-2026.

Selaku Pengerusi Pelan Strategik HEPA, Prof. Madya Dr. Suzeren Md. Jamil mengutamakan lima nilai T.E.R.A.S UKM yang merangkumi nilai Bakat (Talent), Etika (Ethics), Memperkasa (Revitalise), Tangkas (Agile) dan Jiwa (Soul), yang merupakan lembayung dalam menjadi nadi warga UKM untuk menyokong dua agenda utama universiti iaitu kebolehpasaran graduan dan penjanaan pendapatan.

 

Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 5,000 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan wakil dari universiti awam yang lain.

Hadir sama, Ahli LPU, Dato' Dr. Mohd Zaidi Md Zain@Zakaria; Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik,Kementerian Pendidikan Tinggi, En. Hirman Awang; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin; Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Kasim; Pro-pro Naib Canselor dan pengurusan tertinggi UKM.