PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

MISI BANJIR
HEP-UKM

MISI BANJIR HEP-UKM

Pada awal tahun 2023, beberapa buah negeri di Malaysia telah dilanda bencana banjir terutamanya di kawasan Selatan dan Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) cakna terhadap perkara ini dan segera mengambil tindakan dengan mewujudkan Bilik Gerakan Operasi Banjir dan berjaya mengumpulkan sebanyak 3000 sukarelawan banjir.

Antara inisiatif yang diambil adalah pemberian Bakul Rahmah dan wang tunai berjumlah keseluruhan RM23,200 bagi menyantuni mahasiswa UKM yang terjejas akibat bencana banjir ini. Bilik Gerakan Operasi Banjir ini turut dibantu oleh Kesatuan Mahasiswa UKM, Persatuan Mahasiswa Anak Negeri dan Kelab Kesukarelawan Mahasiswa.

Sebanyak empat misi bantuan mangsa banjir telah dilakukan bagi membantu mahasiswa yang terjejas iaitu di kawasan Kota Tinggi dan Parit Sulong, Johor serta di sekitar negeri Kelantan.