Hasil Virtual Treasure Hunt 2021

Hasil Virtual Treasure Hunt 2021 merupakan satu program berkonsepkan Treasure Hunt secara maya sempena Sambutan Hari Hasil ke-25 Tahun 2021 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bagi memupuk semangat kolaborasi di antara agensi-agensi kerajaan dan IPT-IPT di Malaysia. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Agensi Kerajaan dan IPTA/IPTS kecuali pegawai/kakitangan LHDNM.

Garis Panduan dan Syarat penyertaan adalah seperti dilampiran. Borang pendaftaran pertandingan boleh didapati melalui QR Code yang telah disediakan di dalam poster atau melalui pautan:

https://forms.gle/tMBGQmrFNN5iYimk8

Mohon kerjasama anda untuk membuat hebahan mengenai program dan poster tersebut ke seluruh Kementerian dan agensi di bawah seliaan.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung pertandingan ini, para peserta boleh menghubungi Urus Setia Pertandingan seperti berikut:

En. Raja Azhan Syah Raja Wahab (rajazhan@hasil.gov.my)

03-8924 3600 samb. 132109

Pn. Noor Sabariah Salleh (noorsabariah@hasil.gov.my)

03-8924 3600 samb. 132184

Sekian