JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN SAYEMBARA SAJAK MERDEKA 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan menganjurkan Pertandingan Sayembara Sajak Merdeka. Program ini dijalankan bermula pada 1 Julai 2021 hingga 31 Ogos 2021. Untuk makluman, program ini diadakan bertujuan untuk memupuk dan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara serta perpaduan dalam kalangan masyarakat tidak mengira umur, bangsa, kaum, agama dan kepercayaan. Sayembara Sajak Merdeka 2021 ini terbuka kepada semua pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi di seluruh negara.

Sehubungan itu, pihak penganjur dan Jabatan Pendidikan Tinggi berbesar hati menjemput para pelajar yang berminat untuk menyertai Pertandingan Sayembara Sajak Merdeka 2021 ini. Maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan boleh melayari laman web www.merdeka360.my.

Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh menghubungi Encik Mahfuz Mohamad di talian 03-8911 4977 atau Encik Mazizul Dani di talian 03-8911 4976.

Sekian terima kasih.