JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN #SHELLSELAMATSAMPAI VARSITY CHALLENGE (#SSSVC)

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Shell Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengadakan pertandingan #ShellSelamatSampai Varsity Challenge (#SSSVC).

Untuk makluman semua #SSSVC ini telah diperkenalkan sejak pada tahun 2017 yang disediakan oleh Shell Malaysia kepada universiti untuk memperkasakan para pelajar dalam menghasilkan projek intervensi inovatif dalam mengurangkan masalah keselamatan jalan raya.

Oleh itu, sokongan pihak anda adalah diperlukan bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan lancar dan kondusif dalam memperhebatkan dan meningkatkan kualiti projek inovasi oleh pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Setiap IPT dialu-alukan untuk menghantar penyertaan dalam untuk menyertai pertandingan ini. Pihak yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu membuat pendaftaran melalui laman sesawang http://bit.ly/NXplorers2021

Anda boleh mendapatkan sebarang maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini di pautran https://t.me/joinchat/EtBXf2iaPRRiY2I1.

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi En. Muhammad Nazri bin Mohamad Ali (Pengurus Operasi Program) di talian 017-604 8006 atau e-mel: nazri@paluansejati.com.