MAJLIS PELANCARAN FESTIVAL OF IDEAS 2021 SECARA MAYA

Untuk makluman, Festival of Ideas adalah merupakan inisiatif KPT di bawah salah satu fokus strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Tahun 2021 iaitu “Memantapkan Jaringan Kolaborasi Strategik” yang bersandarkan kepada hibrid kepakaran akademia dan pengalaman praktikal tokoh-tokoh terkemuka industri serta masyarakat yang mampu menghasilkan pemikiran luar kotak yang bersifat penemuan baharu.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa bagi memastikan inisiatif tersebut dapat dicapai dan dapat disebarluas, KPT dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menganjurkan Majlis Pelancaran Festival of Ideas 2021 secara maya seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 6 Julai 2021 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Pautan : Facebook Official KPT
https://www.facebook.com/MOHEOfficial
Aturcara : Seperti di Lampiran
Dirasmikan : YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad,
Menteri Pengajian Tinggi (secara dalam talian)

Pendaftaran : Pautan pendaftaran seperti di paparan Facebook Official KPT

Kementerian ini dengan penuh takzimnya ingin menjemput anda untuk bersama-sama menyaksikan majlis tersebut. Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”