PERTANDINGAN ASEAN FUTURE SUSTAINABLE LEADERS (A-FSL) 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa International University of Malaya-Wales (IUMW) akan menganjurkan ASEAN FUTURE SUSTAINABLE LEADERS (A-FSL) 2021 dengan kerjasama ASEAN Accounting Education Worldgroup (AAEW). A-FSL 2021 merupakan sebuah Case Competition yang diadakan secara dalam talian melibatkan kumpulan sasaran daripada pelajar sekolah Menengah dan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara ASEAN.

Objektif program ini adalah untuk melatih dan mengembangkan bakat kepimpinan muda ASEAN dalam memainkan peranan dengan melontarkan idea dalam Bahasa Inggeris bagi penyelesaian isu dan masalah yang membawa kesan positif kepada masyarakat serta menghasilkan penyelesaian kreatif untuk masalah tersebut berkaitan Sustainable Development Goal (SDG).

Untuk makluman, satu sesi taklimat akan diadakan semasa sesi pelancaran pertandingan A-FSL 2021 seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 10 Julai 2021 (Khamis)
Masa: 11 pagi – 1.00 tengahari
Medium: Aplikasi ZOOM
Pautan: http://bit.ly/AFSLaunch

Untuk maklumat lanjut mengenai program adalah seperti di Lampiran dan di laman web iumw.edu.my/a-fsl2021. Tarikh penting mengenai program A-FSL adalah seperti berikut:

i. Taklimat dan Pelancaran: 10 Julai 2021
ii. Peringkat Kebangsaan:11 Julai 2021 – 17 Oktober 2021
iii. Seminar dan Bengkel:sepanjang November 2021
iv. Peringkat Antarabangsa:1, 2 dan 4 Disember 2021

Bersama-sama ini dikemukakan bersama surat jemputan berserta poster dan risalah berkenassn program AFSL 2021. Sebarang pertanyaan berkaitan program A-SFL 2021, anda boleh menghubungi pegawai dari IUMW berikut:

Encik Aminudin Baharudin
03- 2617 3131 / 011-14484240
aminuddin@iumw.edu.my
afsl@iumw.edu.my

Puan Elilarasi A/P Lethsmanan
016-3791255
elilarasi@iiumw.edu.my

atau

https://drive.google.com/…/1P1vwemjdmN1g…

Kerjasama dan perhatian pihak anda berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.