PROKENS

Majlis Belia Malaysia (MBM) telah melaksanakan PROKENS: Program Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja. Program ini disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan dibiayai oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. Program ini adalah percuma dan berbaki satu siri sahaja lagi pada tarikh 23-25 Julai 2021 melalui dalam talian dengan menggunakan aplikasi Zoom.
Anda boleh melawat ke laman Facebook page kami untuk mengetahui lanjut tentang PROKENS.
Kami berbesar hati untuk menerima penyertaan daripada anda semua kerana kami percaya program ini membawa peluang yang baik untuk para graduan bagi mendapatkan pekerjaan. Untuk makluman, sebanyak 78% alumni peserta PROKENS 2020 telah mendapat pekerjaan dan menjadi usahawan belia.
Pendaftaran boleh dilakukan sebelum 7 Julai 2021 supaya pihak kami boleh memproses permohonan dan biasiswa mereka sebelum tarikh program. Pautan pendaftaran adalah seperti berikut:
Terima kasih.