“SEMBANG SANTAI E-SPORT : ON KE TAK ON?”

Untuk makluman semua, Pejabat Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (Tabah) dengan kerjasama Wasilah UKM akan menganjurkan program “Sembang Santai E-Sport : On Ke Tak On?” yang akan diadakan secara maya pada ketetapan berikut :

Tarikh : 3 Julai 2021 (Sabtu)
Masa : 9.15 Malam
Medium : Fb Live

Program sembang santai yang julung kali diadakan ini akan menampilkan ahli panel seperti Soloz yang merupakan antara pemain E-Sport yang telah menempa nama di peringkat negara dan antarabangsa serta Pencetus Ummah Azman yang akan memberi kupasan berkenaan sukan elektronik di kalangan remaja.

Pentadbiran ini yakin dengan penganjuran program ini dengan kerjasama Wasilah UKM, ia akan memberi pendedahan khususnya buat mahasiswa UKM tentang sisi pandang yang berbeza berkenaan sukan elektronik yang semakin berkembang di kalangan remaja dan mahasiswa pada masa kini.

Sebarang maklum balas daripada pihak anda boleh berhubung dengan Encik Ahmad Shukri di talian 019-3851902. Turut dilampirkan salinan e-poster program untuk tujuan hebahan.